Saturday, April 12, 2008

INI LAGI PROF CELEK DARI UPM......

Ketum alternatif ubat penenang dan rawatan ketagihan

Oleh LAUPA JUNUS

(WARTAWAN UTUSAN)
SEJAK dua minggu kebelakangan ini, pokok ketum tiba-tiba sahaja menjadi popular sama seperti yang `dinikmati' oleh pokok tongkat ali dan beberapa pokok herba lain tidak lama dulu.

Malangnya, kesan populariti ketum tidak sama dengan tongkat ali kerana semakin namanya naik, ketum rupanya menjadi mangsa.

Sejak dikenali kerana khasiatnya, tongkat ali kini dikomersialkan dalam pelbagai bentuk, sebaliknya ketum terpaksa dikorbankan kerana tanggapan umum bahawa ia mendatangkan mudarat meskipun kajian menunjukkan, pokok ini juga masih mampu menjadi tanaman berguna.

Inilah yang mendorong seorang penyelidik di Jabatan Sains Bioperubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Mohamad Taufik Hidayat Baharuldin menjalankan kajian mengenai kesan fisiologi pokok ini kepada sistem dalaman mamalia.

Menurut Mohamad Taufik Hidayat, ketum atau nama saintifiknya Mitragyna speciosa Korthal dikategorikan sebagai tumbuhan peringkat tinggi.

Ia tergolong dalam famili Rubiaceae dan banyak ditemui di utara Semenanjung Malaysia, selatan Thailand, kepulauan Borneo, Filipina malah sehingga ke New Guinea.

Menurut beliau, kajian oleh Suwanlert pada 1975, Mitragyna speciosa lebih dikenali sebagai daun ketum atau biak-biak di kalangan kaum Melayu, manakala di selatan Thailand disebut katawm, kratom atau tawm.

Pokok ketum mempunyai batang yang keras, besar, bercabang dan kadangkala mencapai ketinggian sehingga melebihi 20 meter dengan garis pusat mencapai satu meter.

Pokok ini mempunyai bunga dan buah. Daun ketum pula berbentuk bujur telur yang berpasangan atau tiga helai dengan panjang antara tiga dan 20 sentimeter (sm) dan lebar antara dua dan 12 sm.

Daunnya berwarna hijau berkilat dengan permukaan atas licin dan bawah daun berbulu.

Bunganya dalam bentuk sejambak berbentuk sfera dan setiap bunga berbentuk tiub kecil berwarna kuning.

Buahnya juga berbentuk sfera dengan garis pusat antara dua dan tiga sm, manakala bijinya bersayap sepanjang satu milimeter (mm).

Kajian dalam bidang botani mengenai ketum pula menunjukkan bahawa terdapat banyak spesies pokok ini, bergantung kepada kawasan ia ditemui.

Contohnya spesies Mitragyna inermis, Mitragyna ciliata dan Mitragyna stipulosa yang ditemui di Afrika Barat.

Di kawasan Asia Tenggara dan India pula antara spesies yang ditemui ialah Mitragyna hirtusa Havil, Mitragyna javaniza Koord dan Valeton, Mitragyna parvifolia (Roxb.) Korth, Mitragyna speciosa Korth, Mytragyna tubulosa, Mitragyna rotundifolia dan Mitragyna brunnonsa Wall ex G. Don.

Kajian beberapa penyelidik sebelum ini mendapati daun ketum diambil sebagai minuman dengan merebusnya.

Selain itu, ia digunakan sebagai pengganti kepada ketagihan candu dan opium (ketagihan kepada morfin dan heroin).

Pengambilan daun ketum itu antara lain bertujuan mendorong semangat bekerja dan meningkatkan toleransi terhadap cuaca panas.

Kebanyakan mereka yang menggunakannnya terdiri daripada golongan pesawah, buruh atau pekerja ladang.

Selain itu, ketum juga didapati mempunyai ciri-ciri penenang selain sebagai penghalang simptom penarikan morfin (ketagihan).

Bagaimanapun Mohamad Taufik Hidayat menjalankan kajiannya bagi mencari kesan antara dua aspek iaitu perangsang dan ketagihan (narkotik), sama ada ia mempunyai hubungan rapat atau sebaliknya.

Beliau menggunakan tikus (mamalia) sebagai sampel kajian ke atas tiga organ iaitu bahagian otak (hipotalamus), usus (ileum) dan jantung (kardiovaskular).

Beliau menggunakan spesies Mitragyna speciosa sebagai sampel yang diasingkan dan ditulenkan di makmal bagi memperoleh mitraginin tersebut.

Kajian tersebut turut mendapat kerjasama beberapa penyelidik lain termasuk Prof. Dr. Nabishah Mohamad, Prof. Madya Dr. Aminuddin Abdul Hamid Karim, Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Isa Wasiman, Dr Ilham Adenan dan Prof. Datuk Dr. Khalid Abd. Kadir.

Kajian in-vivo dan in-vitro mendapati bahawa mitraginin adalah sejenis opioid (dadah dan reseptor morfin dan heroin) yang boleh bertindak sebagai agonis-antagonis.

Tindakan tersebut bermaksud mitraginin boleh bergabung dengan reseptor (penerima saraf) dan menghasilkan proses fisiologi (tindak balas normal dalam sistem seperti bahan asal).

Sebagai bukti katanya, ia ditunjukkan dengan menggunakan model sistem endogenus (dalam tubuh) opioid yang terdapat pada kajian ke atas hipotalamus-pituitari-adrenal yang berkaitan stres neurogenik, kawalan sistem kardiovaskular dan dan sistem gastrousus menggunakan ileum (bahagian dalam usus).

Beberapa penemuan didapati bercanggah, bermaksud tidak selari dengan penemuan beberapa penyelidik sebelum ini.

Mitraginin didapati bertindak sebagai agonis terhadap kontraktiliti (pengecutan-pengenduran) ileum rangsangan elektrik tetapi sebagai antagonis terhadap respons penarikan ileum cetusan-Naloxone.

Naloxone ialah sejenis dadah yang biasa digunakan untuk menghalang tindakan dadah jenis opium.

Begitu juga dengan sistem kardiovaskular, beberapa penyelidik mendapati kebanyakan dadah opioid seperti morfin menyebabkan penurunan tekanan darah dan kadar denyutan jantung ketika stres.

Bagaimanapun, mitraginin mampu menghalang penurunan kedua-dua parameter tersebut.

Kajian tersebut, secara mudahnya mendapati bahawa pendedahan berulang kepada stres (haiwan sampel) mengakibatkan penurunan sementara tekanan darah dan kadar denyutan jantung.

Penggunaan mitraginin juga menghalang respons hipotensi (penurunan tekanan darah) cetusan daripada stres.

Kesan ini menurut beliau tidak wujud pada keadaan tanpa stres, menunjukkan mitraginin hanya boleh bertindak jika suatu sistem yang berkaitan diaktifkan.

Menurut beliau, ketum sesuai digunakan sebagai pengganti ubat dalam rawatan ketagihan kerana ia bersifat menghalang simptom penarikan morfin.

Pada masa ini, ubat yang digunakan di pusat serenti bagi merawat kesan ketagihan ialah methadone.

Ini dibuktikan apabila mitraginin yang digunakan dalam kajian menunjukkan ia boleh bertindak sebagai agonis-antagonis reseptor opioid iaitu saraf penerima dadah jenis heroin dan morfin.

Daun ini juga boleh dimanfaatkan sebagai ubat penenang selain menghilangkan kesan kesakitan.

``Bagaimanapun ia hanya berkesan sekiranya digunakan pada dos yang disyorkan dan bukan amalan sekarang yang diambil melalui air rebusan dan disalahgunakan, `' katanya.

Katanya, terdapat kajian lain dari beberapa penyelidik tempatan dan luar negara yang membuat penyelidikan khusus tentang kesan analgesik (kurangkan kesakitan) yang diakibatkan oleh mitraginin.

Kajian tersebut membandingkan kesan analgesik mitraginin dengan morfin ke atas tikus makmal.

Kajian mendapati, mitraginin mempunyai kesan analgesik sama seperti morfin cuma ia 1/10 kurang kuat berbanding morfin.

Sehubungan itu, katanya adalah wajar pokok ini terus dipelihara tetapi menerusi pengawasan supaya tidak berlaku penyalahgunaan.

Pada masa yang sama, para penyelidik juga berpeluang mendapatkan sumber semula jadi di negara ini.

Katanya lagi, formula struktur bahan aktif mitraginin tersebut boleh digunakan sebagai asas penyelidikan dan pembangunan dadah jenis opioid sebagai agen analgesik (bahan atau ubat penahan sakit) dan rendah kesan sedatifnya (kesan hayal).

GAMBAR POKOK BIAK DAN PROF CELEK DARI USM

Inilah gambar pokok biak tu......tak kenal maka tak cinta. jadi saya berhasrat nak memperkenalkan kedudukan pokok dan daun biak ini seadil adilnya supaya kita dapat memahami pro dan kontra....jangan dengar sebelah pihak saja.

ASAL USUL POKOK BIAK

POKOK KETOM, ATAU BIAK ATAU KRATOM ATAU NAMA SAINNYA MITRAGYNA SPICIOSA ada lah sejenis pokok dalam dunia ini hanya boleh tumbuh di kawasan Tenggara Asia sahaja. (Kalau tumbuh di Amerika tak lah jadi nama sebusuk sekarang). Ia nya telah termashur dengan namanya yang busuk itu sehingga orang orang Tenggara Asia mengharamkannya dan membenci. Ini lah kepandaian dan kelebihan media Yahudi dan Nasrani memperburuk-burukkan daun ini sehingga ianya di salah sangka orang ramai tetapi di samping itu memperdakyahkan tembakau keluaran mereka kerana ini mereka boleh berniaga dan kaya raya dengannya......

Cuba lah waras sedikit macam prof. ini, yang bukan sebarang orang, seorang Naib chenselor USM.

Biak versus tobacco: Get priority right about dangers of these plants Dato' Dzulkifli Abd Razak Poison Control New Sunday Times - 06/03/2001
RECENTLY, a little known leaf allegedly used by addicts to complement their craving habits was thrust to fame. It is the ketum leaf, also known locally as daun biak.

The leaf is mainly found in the northern part of the country and in neighbouring Thailand, where it is called kratom.

Scientifically the plant is identified as Mitragyna speciosa Korth, a tree of about 30 metres tall, with dark shiny green leaves and yellowish coloured flower (for pictures see: www.erowid.org/plants/kratom/kratom—images.shtml) It contains an active compound called mytragynine, said to have a simulating and/or sedative effects on the brain. It is this effect that is causing concern among some people and the authorities. Some have equated the effects to that of ganja and even morphine. But there is no convincing evidence regarding this. It looks like daun biak is in a class of its own.

Studies conducted at the Universiti Sains Malaysia indicated that the active compound can also cause effects like dryness of mouth, constipation, loss of appetite and increased urination. Some of these effects could be useful in medical treatment but others could be regarded as harmful effects. There were also reports that some of the effects can lead to some addiction, though users are usually not rendered unproductive, unlike other drug addiction.

According to some herbalists however, the plant is not all bad. For decades some documented traditional uses include reducing body temperature, for de-worming, diarrhoea and cure for stomach ailments. An Internet source suggests that it could also be used to treat high blood pressure, diabetes and for tiredness.

Like all other traditional plants with many potential uses, pokok biak is legally grown; in some cases an ornamental tree. Given the recent spate of events, it is possible that this will change if the authorities decide to ban it. Others insist that the plant be immediately chopped down and destroyed which could mean a loss in our biodiversity, especially when the species is uniquely found in this part of the world.

But there is an extreme irony in all these hue and cry when one considers another, no less controversial, leafy plant locally known as tembakau or tobacco.

Like the biak, tembakau is also legally grown and consumed. More importantly both are addictive and could endanger health. The difference is, tembakau is evidently more hazardous than biak.

For example, tembakau has been documented to cause other serious and harmful effects, namely a variety of cancers, especially lung cancer, the major cause of death of tobacco-related disease. It can also cause serious cardiovascular disease and high blood pressure, yet another cause of death. When smoked the fume released is equally deadly.

More than the addiction associated with tembakau is likened to that of cocaine and heroin. This is not the case for biak.

Despite all these, most ironic of it all is the way tobacco commands respect in this country. For example, rather than calling for its destruction, the authorities seem to be protecting the tembakau plant and the industry based on it. Nationwide, more than 15,750 hectares of land are being planted with this obnoxious plant, and the produce subsidised. Just late week, tobacco producers got a major boost in the form of a RM22.5 million special credit assistance from the government.

This is expected to increase production to no less than nine million kilogrammes this year, translated to mean millions of tobacco-related deaths.

So why the preoccupation with biak, if the even more dangerous tembakau is given so much protection. What justification can we offer to ban and destroy the sparsely grown biak, mostly wild, when thousands of hectares of tobacco plant are being cultivated. Some may cite that the Thais have banned biak, and that we should follow suit. Unknown to many however, Thailand too has a very tightly regulated tobacco market. Should we not consider emulating this first? Moreover, so far there is no known biak related death documented in this country compared to the millions attributed to tobacco. If it is the health of our citizens that we are trying to protect then we should get our priority right. Whatever is decided for biak, the same treatment must be accorded to tobacco simultaneously. Lest we look a nation of fools!

* For more information, contact The National Poison Centre at Universiti Sains Malaysia, tel. 04-6570099, fax, 04-6568417, email, prnnet@prn.usm.my . Website: www.undcp.org/bulletin/bulletin—197401-01—2—page005.html

* The writer is the Vice-Chancellor of Universiti Sains Malaysia. He can be contacted at vc@usm.my.



APA ITU POKOK BIAK ATAU KETOM.

Kratom is a psychoactive tree indigenous to Southeast Asia. Commonly written in English as kratom, the word in Thai isกระท่อม which is pronounced [krā?tʰɔ̀ːm] (IPA transliteration). The Royal Thai Institute official transliteration is krathom. Besides kratom, it also goes by the Thai names ithangkakuam, and in southern regions of Thailand, thom. In Malaysia, it is called ketum or biak.

(web tengah buat, nanti datang balik)